Nov 25, 2009

Gelang Penunjuk Aras Emo

Emel ni salah satu bentuk komunikasi yang agak penting kat tempat kerja. Akan tetapi apa jua bentuk komunikasi pasti ada adab dan tatasusilanya. Walaupun tak apply bagi sesetengah orang yang macam tak reti atau faham etika hantar email. Guna CAPS LOCK. Guna simbol !!!!!!!!!

Ada jugak yang kerjanya asyik berdebat dalam emel atau email war. Biasanya melibatkan dua pihak yang hobinya berdebat dan mengadap PC atau laptop membalas emel. Satu hari boleh jangkau sampai 8 hingga 15 emel. Emel berbalas sela masa 15 minit menunjukkan part time job mereka sebagai keyoard warrior. Biasanya sebagai pembaca setia, aku akan mengharapkan satu pertandingan debat yang mana neither side I wanna see lose. Hahaha. Yang kelakar c.c. list panjang berjela-jela sampai semua orang dia nak hantar. Nasib baik makcik cleaner takde emel account. Tak cukup dengan itu, boleh sambung kat bilik meeting. Tapi itu cerita masa kat tempat kerja lama.

Ada juga kes yang aku ketawa sampai hari ini. Emel yang pertama dan kedua nampak macam biasa je. Sampai emel ketiga tiba-tiba satu pihak emo. Puncanya satu pihak lagi tersalah tafsir emel kedua dan baca ikut nada dan kefahaman ke'emo'an sendiri. Yela, emel bukan ada nada atau lengguk suara. Emel ni kan medium written communication yang unik, tak macam tulis buku atau majalah, jadi info selalu disalah ertikan atau terjadi misinterpretations. Part yang ni selalu terjadi. Orang-orang macam ni biasanya berfikiran (atau tak pernah fikir) yang emel ni sama macam bercakap.

What can be misunderstood in an email message will in fact be misunderstood.

90% orang percaya yang mereka faham nada yang cuba disampaikan dalam emel. Aku baca kat sini. Cerita emel ni sama lah juga dengan sms, chat, YM. Selalu disalah erti, sama ada serius atau sarcasm atau lawak. Mana satu?

Kadang-kadang aku ada juga dapat emel yang menurut kefahaman aku nak provoke aku, lalu membuatkan darah aku membuak-buak nak hentak kepala dia kat laptop murahan aku ni 18 kali, tapi... "Oh wait, maybe he/she didn't mean it that way..."

Beberapa hari yang lepas aku jumpa device ni. Emo bracelet+bowl atau Phillips Rationalizer daripada Phillips. Asalnya konsep device ini dibuat untuk mereka yang terlibat dalam sektor pelaburan atau online investment. Peranti atau device bertindak sebagai "mirror of emotion" untuk mengelakkan pelabur buat keputusan pelaburan yang tidak rasional.

Saranan aku, kepada yang selalunya mengikut perasaan semasa hantar emel, boleh beli satu dan cuba. Kalau boleh letak buzzer kat device ni untuk lebih alert dengan level ke'emo'an anda itu. Nak lagi ekstrem boleh modify sikit letak 110 volt power supply supaya boleh bagi kejutan elektrik setiap kali emo sampai ke level kritikal. Boleh emel aku untuk modify tambah power supply 110 volt tu. Ha ha.

Kompeni sekarang ni aku dah tak nampak email war lagi. Mungkin bukan culture kat sini. Lagipun setiap kali aku dapat emel, aku bengang sebab tak faham. Bahse ingris orang jepun macam lahanat dia punya nahu.


Phillips Rationalizer. Gambar dari sini.

Nov 13, 2009

Bakhil bin Kedekut Ilmu

Aku pernah share satu quote yang aku tak ingat jumpa kat mana...

Kau bagi aku satu ringgit, aku bagi kau satu ringgit. Maka kita sama-sama ada satu ringgit. Kau bagi aku satu ilmu, aku bagi kau satu ilmu (yang lain). Maka, sekarang kita sama-sama ada dua ilmu.
Tapi hari ini ada orang cakap dengan aku, kalau kita bagi dia satu ilmu dia takde bagi kita apa-apa. Apa yang kita dapat?

Apa agaknya persepsi korang terhadap orang yang tanya soalan camtu? Ya, kedekut ilmu.

Barangkali orang yang berkata-kata itu lupa, "what you give is what you get." Kalau memberi ilmu yang bermanfaat takkan habis ilmu kita, bahkan akan datang lagi beberapa ilmu yang bermanfaat dengan izin tuhan. Pehh, tiba-tiba pandai pula aku macam pakar motivasi. Ada banyak lagi ungkapan yang berkaitan dengan ilmu ni. Letih kalau nak menaip.

Satu lagi, ada satu perangai di kalangan orang kita yang suka sangat simpan ilmu. Macam ni kata-katanya.

(1)"Aku tak boleh ajar kau benda ni. Ni periuk nasi aku ni."
(2) "Ini skil keramat aku belajar dari nenek embah aku punya mak sedara punya jiran, takleh share."
(3) "Kalau aku ajar kau, nanti value aku hilang la. Aku nak management nampak kalau aku takde, kompeni tak jalan."
(4) " Ni aku ajar kau lebih-lebih nanti kau naik pangkat sedap-sedap. Aku macam ni jugak."

Itu kata-kata keramat daripada orang-orang kita. Biasanya ilmu yang diorang kedek sangat tu bukannya ada nilai intelek atau spesial sangat pun. Aku hairan, sepatutnya diorang pikir dan aku juga pikir (sampai nak masuk sepital aku pikir) sebab aku dinaikkan pangkat tu dinilai daripada value aku kepada kompeni. Value yang dinilai dari skil dan pengetahuan yang relevan dan sentiasa mahu improve atau perbaiki diri. Kalau setakat kedekut ilmu lapuk yang orang lain boleh belajar. Lambat-laun orang baru masuk belajar slow-slow kemudian lebih pandai dan itulah masanya diorang sedar yang diorang sudah tidak relevan atau tiada value kepada kompeni lagi.

Kalau la terjejas hidup dan pintu rezeki kita apabila share ilmu dengan orang lain, kenapa agaknya jutawan-jutawan kat dunia ni tulis buku, buat blog, ceramah share rahsia kejayaan diorang. Takde pun diorang jatuh miskin atau bankrap. Ramai juga jutawan siber yang share cerita dan tips secara free kat blog masing-masing.

Itu cerita orang kita. Macam mana pula dengan bangsa lain?

Mengajar tapi bersifat selektif atau biased. Ini pun dikira kedekut juga. Mahu mengajar tapi tertakluk kepada kaler kulit. Sifat estet dan bukit ni memang wujud. Masa aku mula-mula kerja dulu dengan sebuah kompeni MNC, kebanyakkan senior staf mata sepet kat situ biarkan kitorang (budak-budak melayu) buat silap dan struggle bagai nak gila tetapi di group lain pula sentiasa diorang support penuh dengan kasih sayang. Satu benda kat sini yang kita perlu respect ialah cara diorang bantu-membantu. Walaupun dengan cara yang agak lahanat.

Masa tu aku tak hiraukan sangat sebab aku berpendapat itulah 'job's learning curve'. Sedangkan itulah 'life's learning curve' yang sebenarnya. Mak aku pula dengan tone dan pitching yang sempurna berkata "Sabarkan aje, bukannya kita mati pun diorang buat camtu."

Nov 12, 2009

Survey di kalangan pekerja

Kecik-kecik dulu aku rasa semua orang tengok sesame street dan sempena ulang tahun Sesame Street ke-40, aku cuba cari common ground beberapa karakter sesame street dan karakter di opis based on pengalaman aku kerja di sesetengah company. Jangan serius sangat, just for laugh.


(1) Adakah anda atau rakan sekerja anda sebegini? (Y/N)
Oscar. Hobi bertegang leher. Semua benda dia nak berdebat. Scrammmm! (Farah dulu ada kawan baik kat IQC macam ni, ha ha ha).

(2) Adakah anda atau rakan sekerja anda sebegini? (Y/N)
Bert. Rakan sekerja yang fikirannya sentiasa -ve dan grumpy. "Ini tak boleh, itu tak boleh. Tak boleh pakai la ni. Macam mana nak amik data ni. Macam mana nak buat ni." Paranoid android.


(3) Adakah anda atau rakan sekerja anda sebegini? (Y/N)
Ernie. Semua kerja nak simple dan ambil mudah je. Idea pelik-pelik dan kadang-kadang cara dia kerja boleh buat orang lain mengamuk.

(4) Adakah bos anda sebegini? (Y/N)
Count von Count. Suka cekik darah. hahaha.


(5) Adakah anda atau rakan anda sebegini? (male only) (Y/N)
Big Bird atau yang mempunyai big birdie. Ha ha ha.

(6) Adakah anda atau rakan anda sebegini? (Y/N)
Cookie Monster. Suka-suka mentekadarah masa kerja sampai semut pun datang kat meja kita dan juga meja orang sebelah.


Nov 11, 2009

Gangguan Seksual oleh Jiran

Hari ini aku dapat emel paling lahanat...

Nov 10, 2009

Apabila Dah Mengantuk

Hari ni aku cuti dan banyak masa free. Aku nak compile cerita apabila aku dilanda mengantuk dan tak cukup tidur. Time tengah mengantuk ni kalau sesapa buat lawak bangang kat tempat kerja boleh kena siku. Emo aku bertambah kalau mengantuk tengok bola, lepas tu result macam haram. Tapi macam mana kalau sendiri yang buat perkara bangang?

Ini salah satu ceritanya.

Tempat kerja aku ada 3 factory. Factory 1 dan factory 2 berada 30 minit daripada rumah aku dan kedua-duanya berada di kawasan industri A. Factory 3 terletak lebih kurang 15 minit je dan terletak kat kawasan industri B. Industrial area A dan B mempunyai route yang berlainan. Main office aku kat Factory 2, tapi ada masanya aku kena pergi factory 1 atau 3 untuk meeting dan apa-apa aktiviti lain.

Ada satu hari tu aku plan nak pergi factory 3 sebab ada meeting pukul 8 pagi. Apesal orang-orang kat sini suka sangat meeting pagi-pagi. Anyway, hati senang sikit kalau pergi factory 3 sebab jalan ke sana tak jem. Lagipun malam tadi stay up champion league punya pasal. Result pula macam jahanam.

Hari tu aku pun bangun macam biasa, siap-siap lepas tu layankan MHI. Aku jeling-jeling jam, "Oh awal lagi. Mata pun mengantuk ni. Relak-relak dulu." Sikap bertangguh yang aku warisi sebagai graduan IPTA memang terserlah.

Tepat 20 minit lagi nak pukul 8 pagi aku pun gerak ke ofis. Kerja mesti precise. Tapi tak sedar tahap mengantuk aku menyebabkan kebebalan aku bertambah 18% daripada biasa. Precise kepala hotak aku.

Masa on the way tu, dalam keadaan separa mengantuk cuba layan lagu-lagu kat radio. Dah separuh jalan baru aku perasan aku dah masuk highway Pasir Gudang. Ini dah ambil route pergi ke factory 2. Bagi menambah rencah derita aku jalan pula jem ada eksiden. Macam biasalah, eksiden kat lane kiri, lane kanan sibuk nak tengok. Nak cilok sana-sini pun payah.

Memang best. Akibatnya perjalanan aku ditambah dengan re-route sampai ke factory 3 pukul 8.30 pagi. Semua dah start meeting. Masa tu aku janji dengan diri sendiri jangan cerita pasal bola selama 2 minggu.