Sep 28, 2009

Satay mana?

Tahun ni beraya di kampung bini di Negeri Sembilan. Aku drive pagi Sabtu dari JB untuk elakkan jam tapi highway tak jam pun. Sampai jek kat sana seperti rutin letak barang, berbual kejap dengan mak dan abah kemudian on aircond dan lelapkan mata.

Seperti biasa bini aku akan jadi busy setiap kali balik. Disebabkan bini aku menjadi sweetheart di kalangan mak long, mak ngah, pak lang, pak su, pok cik, pak tam, auntie, etc. yang sibuk bertanya itu ini, suruh datang rumah ambil itu ini. Masa tu aku ambil kesempatan lelap mata dengan sukses.

Aku ingat lagi pertama kali beraya kat sini aku jadi sengal. Kenapa? Sebab aku tunggu satay.

Biasanya kalau kat Johor, kombinasi nasi himpit+kuah kacang+satay. Kalau tak pun, nasi himpit dengan kuah lontong. Bila nampak kuah kacang dengan nasi himpit aku pun bersabar dengan penuh harapan tunggu satay. Mula-mula aku rasa pelik juga, takkan pagi raya dah makan satay.

Tapi rupanya kat Negeri Sembilan, hidangannya nasi himpit dan kuah kacang je. Satay takde. Penat aku tunggu. Ha ha ha.

Lemang, rendang dan dodol kat sini memang world class. Semuanya home made. Kebanyakkan rendang kat sini guna daging kerbau. Tiap-tiap kali menyambut Ramadhan dan Syawal, akan ada acara mantai. Tradisi mantai ni ialah acara bergotong-royong menyembelih dan melapah kerbau atau lembu. Kat sini daging fresh, lembut dan empuk. Tak macam daging yang beli kat pasar kat JB, lembut sikit je daripada selipar Tat Sing.

Satu lagi highlight kat bila beraya kat sini ialah bertakbir dari rumah ke rumah pada malam raya. Biasanya ahli-ahli surau akan ziarah/bertakbir dari satu rumah ke satu rumah dan dijamu dengan jamuan ringkas. Betul-betul feel raya beb.

Ini je hidangannya.

12 comments:

ZARA 札拉 said...

hehehe~

satay makan pagi2 kat Muar~

buat breakfast~

raya ke-4 aritu gi rumah terbuka untuk family sebelah abah sahaja, memang puas makan satay~

dekat 50 cucuk sementara berdebat dengan penyokkong The Reds and The Blues~

lalala~

azhan said...

makan satay ayam atau satay burung liver? ha ha ha

kat n9 ada macam2 lauk. daging dinding berlado, daging kobau salai masak lemak cili api. pehhh. lenguh aku nak makan.

apis said...

tapi ko terlupa satu point zul

amatlah meletihkan pabila makan lemang dan rendang dari berbuka puasa hari last sampai ke malam raya esoknya....pegi beraya rumah orang lain pon menu sama jugak...

mana laksa johor... mana soto.... mana lontong.... mana nasik tomato....

akhirnya aku blah senyap senyap lepas isya' dari umah mertua aku dan lepak sorang sorang kat kedai mamak setelah lebih 24 jam menyantap menu yang sama...
gagagaga...

Hazrey said...

ahh sudahlah... lemang aku tak dapat jugak.. sudah sudah.... kuih pun balang kecik.. sudah sudah..

frH said...

ni thn ke2 aku beraya kt n9 gak .. aku rasa mmg main menu diorang nasik himpit n kuah kacang laa..

tp aku mesti sakit perut setiap kali blk n9 .. smuanya pedas-pedas. dr sambal ikan bilis, ke kuah kacang, ke daging salai masak lomak .. adoiiii.

udin said...

ahahaha. mmg gondang kobau n lomang n9 takble sesapa lawan.

tapi apalah maksud raya tanpa soto dan laksa johor...sepi.


komen tambahan: abes hensem la gamba profile ko tu? eh nnt ajar aku cemana nak upload gamba profile...sama mcm facebook ke?

ekeh keh ekh e

azhan said...

apis,
aku tak muak sebab dah tradisi mak mertua aku masak laksa johor pagi raya. itu antara petanda awal dia nak dapat menantu dari johor.

hazrey,
umah kau kuih dah banyak. hamper pun sampai terpaksa letak kat car porch.

frH,
best wooo masak pedas. mungkin sakit perut sbb kau ni banyak makan kari. ha ha ha

udin,
yela, sepi macam udin yg kena dump dgn awek di malam raya.

gambar profile baru 37.3129% hensem. belum habis hensem. pls la jgn letak gambar kau kat profile. nanti orang seram dowh.


p/s:
apesal ramai kawan aku kahwin dengan orng n9 nih?

WAK ZAILAN said...

Negeri sembilan... hahahhaaaaaa

tapi yang lebih menyedihkan, ada di antara kawanmu yang dapat gadis Kelantan, lagi syahdu....

anyway, aku takleh imagine kalau aku kena beraya di luar Johor..... macam beraya dalam HELL IN THE CELL kot?? kena lawan Undertaker, hahhahaaaa

Farhana said...

apis,
lenkali nk makan laksa johor raya pertama jemputlah dtg ke ghombau yo...

udin,
hidung zul tgh terkembang kempis control hemsem nk amik gamba...sbb tu kena cover skit dgn tgn (nmpk cool)...

faiz said...

apsal aku rasa entry ni ada unsur unsur bodek isteri?
Eh..tahun depan ko kene raya ghembau lagi ke?
Terpaksa aku melayan penyakit asma oooddiinn di mlm raya..

Farhana said...

hahaha...tade unsur bodek...ni namanye sweet2 gituuu

azhan said...

wak,
mmg ada kawan aku yg kawin org kelantan, tapi dia pun org kelantan, apa nak kisah? ha ha

dear,
mau kene cubit?

faiz,
biasa la, entry dikarang pada malam jumaat...maksud aku sebelum baca yasin, tenang. ha ha ha