Ada beberapa perkara yang aku tak faham apabila ada isu-isu besar. Semua manager, engineer, prod supervisor akan turun 'padang' beramai-ramai berkumpul kat area yang bermasalah macam lalat hurung tahi. Lagi besar tahi, lagi banyaklah lalat. Yang lagi aku pelik, apabila aku tengok ada beberapa engineer yang chit-chatting sambil ketawa-ketawa kecil sepanjang hallway. Mesti diorang seronok dapat gathering. Macam reunion budak-budak MRSM.
Aku pun chit-chat dan gelak-gelak juga. Bosan pula kalau kerja serius sangat, nanti muka boyish aku ni cepat tua. Ha ha. Tapi selalunya kalau dah ramai yang berdiri keliling yang buat kerja 2-3 orang jela. Yang lain sibuk chit chat atau termenung atau yang paling common ialah buat semak je.
Kali ni aku nak share tips jadi lebih produktif kalau dalam situasi macam ni.
Biasanya orang pelik tengok cara aku kerja. Apabila aku solved problem lagi lah diorang cakap pelik. Mari ikuti pengalaman aku.
Pertama, selalunya orang akan nampak, aku chit chat dengan operator dan supervisor. Diorang akan assume, "Haaa, miang la tu. Tak sedar diri betul si Azhan ni, muka macam adik Hamid Gurkha, perasan hensem."
Kedua, orang akan nampak aku melamun jauh, pusing-pusing kat tempat kejadian. Diorang akan assume "Ni kenapa pula, macam kucing nak mengawan. Semalam tak dapat ke?"
Ketiga, apabila aku dapat solved problem. Diorang akan assume...
Ya tuan, puan, si gemok, dan si kurus sekalian, ini jawapannya.
Selalunya orang akan nampak, aku chit chat dengan operator dan supervisor.
Orang yang pertama jumpa masalah, kita kena tanya simtom-simtom atau petanda yang diorang perasan. Macam saksi. Biasanya operator tahu behavior proses dan segala yang abnormal. Biasanya kat tempat kejadian ni 'bahangnya' lain sikit. Jadi hati-hati bertanya takut kena pelangkung nanti. Boleh tengok data and reports, tapi ada certain things yang data tak boleh nak tunjukkan.
Kedua, orang akan nampak aku melamun jauh, pusing-pusing kat tempat kejadian.
Setelah dapat segala info daripada saksi-saksi utama, tanya pada diri sendiri "What the hell I am trying to understand here?" Kalau rasa-rasa bahasa Inggeris pun macam orang Kalimantan boleh juga bertanya pada diri sendiri dalam Bahasa 1Malaysia, " Apa yang aku cuba faham kat sini?" Fahamkan betul-betul masalah dan kemudian generate idea dengan "What if? What if? What if?" Trust me, some of the issues solved will put those overpaid or armchair engineers to shame.
Haaa, sekarang kita semua dapat jadi lebih produktif dan takdelah buat semak diri ramai-ramai berbual perkara yang takde kaitan atau buang masa diri lama-lama pastu tak buat apa-apa. Buat semak mata aku je.
Ok, bole try.
Your wits don't work until you feel the squeeze - entah siapa punya quote.

5 comments:
kalau kamu Sylar, aku fikir kat tempat kerja kamu dah ramai dah orang yang tiada tempurung kepala~
...dan orang claim, konon2nya encik Azhan dah rampas kebolehan mereka~
ceh, ingat aku saiko? ha ha
curi ability & potong kepala tu weakness sylar. ability dia sbnrnya 'intuitive aptitude', macam masa dia repair jam tu.
ko ni mcm tak puas hati ngan tempat kerja ko je?
aku puas ati dowh...ramai awek baru masuk keje ni
ha ha
aku komplen sambil proposed idea, kalau setakat komplen tade cadangan itu bangang
ko ni mcm mamat skater plak type DOWH!!!!
Post a Comment