Dec 7, 2009

Kehadiranmu buatku ingin muntah darah dan berlari ke HSA sambil mengikat tali kasutku yang tak sama panjang: Hati berkaca-kaca

Amaran awal. Entri ni tak relevan langsung dengan tajuk. Tajuk entri aku cilok stail cik Zara, cikgu yang selalu tinggalkan komen kat sini. Amacam cik Zara, lulus tak aku tulis tajuk panjang berjela camni?

Seperti biasalah, entri yang takde purpose seperti entri yang lain. Tak tentu arah dan tiada hala tuju, macam team bola lelaki Malaysia main aritu. Dan seperti biasa juga, takde benda lain aku nak cerita melainkan pasal kerja.

Sekarang ni tahap kerja aku dah makin luar biasa. Luar biasa sampai tahap bos suruh aku terbang, bengkok besi pakai tangan, x-ray vision. Aku cuma prefer x-ray vision, yang lain tu aku suruh dia reconsider atau bagi jela orang lain yang sanggup buat. Lagipun sekarang ni aku busy. Busy fikir strategi camner nak elakkan diri jadi skema. Hahaha.

Oleh kerana busy buat kerja-kerja luar biasa inilah blog pun ditinggalkan berabuk. Macam blogger lain, diorang tulis mcam ni "sori tak dapat update blog sebab I pergi melancong dengan bini nombor 4 kat Angola sambil melombong berlian." Memang lumrah manusia kalau buat salah mintak maaf. Mintak maaf kepada readers yang selalu singgah di blog mereka tapi takde pula update. Dah jadi obligasi pula nak update blog. Tapi macam kes aku, "Maaf sebab selalu update blog. Please enjoy while I am not updating." Nasib baik belum ada email atau komen "Azhan, plis don't go blog." Kalau ada, aku suspek mesti bos aku yang tinggalkan komen camtu.

Gambar bukan sekadar hiasan.

Cerita pasal bos, tiba-tiba aku terbayang bekerja dengan trio di atas. Buat je kerja, jangan cakap, jangan tengok dan jangan dengar. Kalau boleh, jangan berfikir.

Eh, alang-alang dah sebut/tulis pasal trio teringat pula filem Laksamana Do Re Mi. Ada satu scene dalam filem itu diorang nyanyi lagu Jepun+Melayu atas tikar pandai terbang. Apa agaknya reaksi bos kalau esok aku masuk ofis sambil marching dan nyanyi lagu ni. Korang tau tak lagu ni asalnya lagu marching tentera Jepun masa WWII. Diajar kat sekolah-sekolah semasa zaman penjajahan Jepun di Malaya sebab nak brainwashed kepala otak orang Malaya.

Do: "Wahai tikar pandai terbang bawaklah kami ke negara pasir berdengung. Zam zam ala kazzam!"

Tiga sahabat
Miyo! Tokai no sora akete,
Kyokujitsu takaku kagayakeba,
Tenchi no seiki hatsuratsu to
Kibo wa odoru Oyamashima.

Kami tiga sahabat,
Nasib timbul tenggelam,
Susah hanya sekejap,
Senang pun tak lama,
Sekarang mulai sehat
Berkat sabar di hati,
Rezkipun naik meningkat
Dapat senjata yang sakti.

Miyo! Tokai no sora akete,
Kyokujitsu takaku kagayakeba,
Tenchi no seiki hatsuratsu to
Kibo wa odoru Oyamashima.

Kami tiga sahabat,
Seia dan sekata
Berpadu dan sepakat
Riang dan gembira,
Di atas tikar terbang
Menjelajah dunia,
Kerana ingin berbakti,
Untuk sesama manusia.

Miyo! Tokai no sarawa den kete…

Do: "Hey, apa da sarawa den kete?"
Re: "Miyo tokai no sarawa den kete, artinya, Miyo tokai no seluarku kecik…"

HAHAHAHA. Landing time...



Lirik kredit kepada Kembara GiantPolar.

7 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Lulus~
Aku bagi A++
Lebih baik bagi ABC terus~
kenyang gak~
Hehehe~

See no evil,
Hear No evil~
Speak No Evil~

hahaha~

aku plak suka Speak, I need to be a devil~

Ngee~

Err, aku nasihat, jangan pakai tikar, pakai carpet, lembut sikit~ hahaha~

azhan said...

HAHAHAHA

are_rupt (kewl tul ejaan aku rupanye) said...

lebih best klu ko post gambar do re mi tukar gambo wak (do) , ko (re), mi (babat) sambil nyanyi lagu jepun

azhan said...

hahaha...
alanzed kau nak taruh mana? nnt dia kecik ati.

tak beksret boi langsung

are_rupt said...

alanzed leh letak jadi frontmen beksret boi.

babat said...

alanzed jadi pasola pu boleh...

WAK ZAILAN said...

tak boleh.... Alanzed kena jadi Sultan Pasir Berdengung