Feb 18, 2010

Kerja Kilang dan Local Brand

Dah berapa tahun aku kerja kilang. Sungguh tak glamer bidang ni. Takde awek datang kerja pakai skirt, mekap tebal. Tak dapat henpon dari supplier atau kontraktor.

Anyway, manufacturing adalah pemacu ekonomi. Macam lain-lain industri juga manufacturing ialah industri yang buat duit. Offer peluang pekerjaan, cashflow, generate economy, bla bla bla.

Kalau tak buat duit, macam mana teknologi nak berkembang. Nak buat R&D. Nak bayar gaji receptionist yang muda-muda. Nanti dapat la recep yang tua macam kat kompeni aku. Itu pun ada hati lagi nak pakai baju fit-fit pergi kerja.

Seperti mana bisnis yang lain kat dunia ni, mestinya fokus utama nak buat duit. Unless ada bisnis di dunia ini yang rela hati nak buat charity develop satu produk demi keamanan dan kesejahteraan manusia dan humanoid serta hobbit sekelian di dunia dan akhirat. Bullshit la kan. Henry Ford pun bussinessman. Cinta hati dia ialah automotif tapi dalam masa yang sama dia follow dia punya passion untuk buat duit. Ford fikir macam mana nak produce kereta dengan banyak supaya boleh jual kat ramai orang. Apabila ramai orang yang beli dah tentu untungnya banyak. Tapi, zaman itu nak siapkan satu kereta sama lead time dengan projek JKR, dan kos pulak sama macam quotation tender kat government. Mahal.

Mungkin sekali baca macam Ford ni kapitalis yang jenis tamak haloba. Tapi disebabkan vision ingin mass-produce, dia develop dan study proses asembly yang low cost dan efficient, dapatlah dia achieve short assembly time untuk lengkapkan sebuah kereta dengan kos yang lebih murah, short lead time. Maka dapatlah orang-orang middle class beli kereta dengan harga yang murah, and the rest is history.

Sama kes juga dengan Edison dengan GE, Toyoda dengan Toyota, Morita dengan Sony, Matsushita dengan Panasonic. Satu lagi....Dato Chew dengan Pensonic.

Cerita pasal brand-brand besar ni, kat Malaysia local branding yang gah selain Air Asia memang tak banyak. Kalau ada pun yang selalu aku sebut kat sini ialah Proton. Itulah jela penawar, itulah juga racun. Aku pemilik kereta proton yang sudah bayar loan sampai selesai, dan juga selalu rant pasal Proton, tapi jauh di sudut hati murni dan suci bersih ini, aku ingin tengok Proton menongkah lagi jauh. Betul. Kalu Proton tak boleh jugak, aku vote Pensonic pulak. Haha.

Proton ialah pride and joy for (most) Malaysian. Masa Proton kena bash kat TopGear memang heart breaking. Masa tu aku fikir, that British twat sebenarnya bash Malaysia bukan Proton. Sebabnya Proton bawa nama Malaysia. Ada banyak international brand yang bawa cop "made in Malaysia" yang crap macam sampah tapi tak kena bash. Tapi kalau local brand and local made, sure kena bash. Kalau local brand yang tak bagus mesti ada kaitan dengan kerajaan, kalau kerajaan mesti ada kaitan dengan orang Melayu. Sungguh fakap sekali penaakulan diorang ni. So Proton mesti buat sesuatu.

Aku tau Dato Syed Zainal Abidin tak termasuk 5-6 orang yang selalu baca blog ini, tapi aku nak juga tinggalkan pesan...Kereta adalah carrier yang bawa passenger dari point A ke point B (dah tentu lah), tapi kalau kereta tu bawa nama Malaysia, biarlah with pride.

Satu lagi, Bata tu bukan brand Malaysia ehh, tu brand orang Czech Republic.

4 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Kawan aku selalu kata kereta2 kat Malaysia buat dari material yg murah dan ada certain yg takde kualiti sebab aritu keta dia, Vios kena sondol dengan Persona, Persona tu yg terlipat dua~

T____T

Abis, camne nak beli MyVi ni?

WAK ZAILAN said...

aku ingat BAta tu orang Malaysia punye.... heheheheeeeeee....

aku dah jemu dengar komen pasal kereta Malaysia, still MALAYS buy the MALAYSIAN CARS!!!

itu salah satu masalah orang MElayu, dia kutuk2, dia beli, dah beli, dihina pula, dah tau tak best, beli laaa kereta Jepun yang Re-Con....

hehehheeeeee... tapi yang aku tau orang yg keje OAG tak pakai kete Malaysia, ko cuba try keje OAG instead of Kilang... ok tak penaakulan aku??

Arab said...

haha...org yg tak OAG pun tak pki keta Malaysia gak. sama je.

azhan said...

Zara,
murah dari segi apa? apa salah kalau material murah?

btw, kawan kau keje proton ke?

Wak,
aku beli sebab aku patriotik. lols.
btw, baca lagi 3x...kau ni tak paham.

Arab,
OAG...orang angkat gaji?